Friday, July 23, 2010

Kawan...



Bila cerita pasal kawan mesti kita semua tahu...yang pastinya semua orang ada kawan..tidak kira kanak-kanak atau dewasa atau pun orang tua....semua ada kawan masing-masing..rasanya tak ada dalam dunia ini manusia yang tidak berkawan....


Apa yang membezakannya...kawan orang dewasa tak sama dengan kanak-kanak...tapi kalau dahulu kita melihat seseorang sebagai kanak-kanak tidak mustahil bila dia dewasa dia menjadi kawan kita...percaya tidak...bagi aku kawan sentiasa bertambah..dan tidak semestinya aku bertukar dan bertambah kawan aku melupakan kawan lama...pernah aku bergaduh dengan kawan tapi hingga kini aku masih mengingatinya...pernah aku berselisih faham dengan kawan dan hingga kini aku masih berkawan dengannya...kawan yang bagaimana aku ada?...memang ramai le jawabnya...ada kawan dari aku kecik lagi...dari zaman sekolah rendah pun ada...kawan yang dulunya aku tak kawan kini dah berkawan dengan aku...ehehheh....kawan dengan orang lebih tua pun ada...yang muda dari aku lagilah ada....



Nie antara kawan aku masa sekolah dan dari zaman kanak-kanak...... takleh upload semua...ramai...huhu



Berkawan memang menyeronokkan sebab macam-macam pengalaman kita boleh dengar dan sekaligus boleh dengar masalah yang dihadapi..tak kira lah kita boleh bantu atau tidak..asalkan boleh dengar dah cukup...dan selalunya kawan yang suka menghiburkan paling disukai... sekali sekala kita tidak sedar kita sentiasa melabelkan kawan kita...bila kita jumpa terlintas dihati .."ish ..dia nie jenis suka mengata'...hah ..itulah antara labelnya..padahal kita dah join pon kita tidak sedar....eeee....apapun berkata dalam hati takpa...demi nak jaga jalinan persahabatan...


nie pula kawan masa aku praktikal..masa bekerja...tak upload banyak gak...huhu




Kalau dulu masa sekolah rendah..aku berkawan dengan kawan kampung je...bila di sekolah menengah aku bertambah ramai kawan dari kampung-kampung lain dan bila aku berpindah di bandar ..aku melihat kawan memang ramai tapi nak cari yang boleh diharap tu sukar sikit le...masa aku berpindah ke bandar dan sekolah dibandar memang mencabar..aku berdoa agar kawan yang aku dapat biar le baik...alhamdulillah..memang aku dapat baik semuanya...bila aku masuk universiti ..aku tambah lagi kawan...kawan di universiti dari pelbagai negeri...memang bes berkawan dengan pelbagai manusia nie.macam-macam cara kita tahu dan pelajari..dan apa yang aku rasa bila berkawan dengan negeri yang sama mesti sikap dan perangai tak jauh beza...contohnya macam negeri aku..rasanya orang johor ramah ..yeke?...eee...


Dan yang dapat aku pastikan...kawan yang sama level ...hmm maksud aku yang ada pendidikan yang lebih tinggi..contohnya berkawan dengan kawan yang ada ijazah dengan SPM atau rendah lagi memang berbeza...terutama pendapat..bila berbicara mesti tak sama pendapat...tak percaya try arr tgk kawan kamu semua...ehehhehe...mesti berbeza punya ..paling kurang pun korang angguk depan dia dengan pendapatnya tapi dalam hati berkata-kata berbeza...eeee
Bukan aku nak kata kawan je yang sama level,...just pendapat aku je tu...aku memang kawan dengan semua...


Bila dikaji-kaji..kawan akan sentiasa berubah-ubah...mana tak nya..masa sekolah rendah lain,sek menengah lain,masuk universiti lain dan zaman bekerja pun lain...hah...betul tak...kawan memang berubah..kalau kita pergi kursus kat memana..rasanya mesti kita kata itule kawan baik aku...tapi masa tu jek...lebih-lebih lagi kursus yang makan masa seminggu ..sebulan...setahun...hah..bertambah le kawan kita gamaknya....eeee


Okaylah...yang penting..bila berkawan..yang baik jadikan tauladan...yang buruk jangan ikut le...jadikan sempadan pun tak baguih...sebab aku takdek tanah lagi...ehehhe ;)

BERKAWAN BIAR RAMAI...BERSUAMI BIAR SEORANG..(pepatah aku nie..huhu)

No comments:

Sejarah tingkatan 1..

MY FAMILY

MY FREN

MY STUDENT SAMT KUALA KUBU BHARU